SisEH
SISTEM E-HEBAHAN KERAJAAN NEGERI MELAKA
LATAR BELAKANG

SisEH telah dibangun dan dinaik taraf dari Sistem Permohonan Pengemaskinian Kandungan Portal Kerajaan Negeri Melaka (SPPKP) oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. SPPKP mula dibangunkan pada Februari 2020 dan fasa pengujian SPPKP adalah dari Mei - Disember 2018 dan SPPKP mula digunapakai sepenuhnya pada 1 Januari 2019.

Sistem ini telah dinaik taraf ke Sistem E-Hebahan (SisEH) apabila fungsi sistem ini diperluaskan untuk digunakan bagi penyelarasan hebahan bersepadu melalui medium elektronik yang dikawal selia oleh JKMM pada 1 Oktober 2020.

Sehubungan dengan itu, sebagai permulaan, SisEH ini digunapakai oleh Bahagian / Unit di Jabatan Ketua Menteri Melaka sehingga 31 Disember 2020 sebelum diperluaskan di peringkat Jabatan / Agensi / Badan Berkanun Negeri Melaka dan Persekutuan yang dijadualkan pada 1 Mac 2021.

SisEH - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka | 2021