SisEH
SISTEM E-HEBAHAN KERAJAAN NEGERI MELAKA
MEDIUM HEBAHAN
1. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka (https://www.melaka.gov.my)

Portal rasmi Kerajaan Negeri Melaka adalah merupakan medium komunikasi dan saluran rasmi Kerajaan Negeri Melaka bagi penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat dan komuniti di bawah inisiatif Kerajaan Elektronik.

Portal ini juga merupakan gerbang utama dan pusat setempat bagi maklumat dan perkhidmatan online Kerajaan Negeri Melaka yang menghubungkan pelanggan kepada laman web/ portal jabatan negeri/ pihak berkuasa tempatan / agensi-agensi di bawah bidang kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Oleh yang demikian, mana - mana Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Melaka yang ingin membuat hebahan melalui portal berhubung dengan majlis / program / kempen / sebutharga / tender rasmi, boleh membuat permohonan hebahan tersebut melalui Sistem E Hebahan (SisEH) Hebahan - hebahan ini akan dipaparkan samada dalam bentuk banner utama (bersaiz 2000px X 780px) di halaman utama Portal ataupun seksyen -seksyen tertentu mengikut kesesuaian.

Walaubagaimanapun, keutamaan paparan hebahan adalah tertakluk kepada majlis / program / kempen / sebutharga / tender yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Oleh yang demikian, pihak pentadbir SisEH mempunyai hak untuk meminda tarikh paparan yang dipohon oleh Jabatan / Agensi mengikut keutamaan program rasmi Kerajaan Negeri Melaka.



2. Email Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

Perkhidmatan e-mel adalah salah satu platform penghantaran maklumat elektronik secara cepat dan pantas. Tugasan hebahan e-mel kepada hampir 2,500 akaun E-mel Rasmi Kerajaan Negeri akan dilaksanakan oleh Pentadbir E-mel dengan menggunakan akaun yang telah didaftarkan.

Permohonan hebahan perlu menggunakan Sistem E-Hebahan( SiSeh) yang boleh di akses melalui https://siseh.melaka.gov.my. Segala urusan pengesahan kandungan e-mel akan melalui pentadbir kandungan e-mel di Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) bagi menilai kesahihan, ketepatan dan kesesuaian maklumat yang hendak disalurkan. Hanya hebahan rasmi sahaja yang akan disalurkan kepada akaun pengguna.

Saiz fail atau e-mel tidak boleh melebihi 30Mb. Pemohon hebahan e-mel perlu menyediakan tajuk dan kandungan rasmi yang lengkap berkaitan dengan maklumat hebahan.



3. Paparan LED Skrin Seri Negeri


  1. Skrin LED Kompleks Seri Negeri yang terletak di sebelah kiri pintu gerbang utama Kompleks Seri Negeri adalah merupakan salah satu medium hebahan yang terkini bagi mewar-warkan program-program rasmi kerajaan Negeri Melaka, aktiviti-aktiviti YAB Ketua Menteri Melaka untuk makluman orang ramai dan hebahan program unit/bahagian/ jabatan kerajaan Negeri Melaka dalam bentuk infografik dan dikawal selia oleh Bahagian Teknologi Maklumat.
  2. Segala urusan pengesahan kandungan akan melalui pentadbir kandungan di BKK melalui Sistem E Hebahan (SisEH) dan dimuat naik ke paparan Skrin LED Kompleks Seri Negeri. Infografik dipaparkan selama 18 jam bermula 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.


4. SMS Infoblast

Sistem perkhidmatan Melaka One Number Call Centre (ONCC) merupakan satu perkhidmatan telekomunikasi yang menghubungkan antara rakyat dengan agensi-agensi yang terdapat di dalam rangkaian Melaka*Net melalui satu nombor telefon (06-3333333) dan juga perhubungan antara semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Melaka.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh sistem ONCC ini termasuklah sambungan panggilan telefon ke agensi Kerajaan di Melaka, khidmat pesanan ringkas (Infoblast SMS), penyaluran pelbagai informasi seperti pelaburan, aktiviti negeri, notifikasi peringatan dan ucapan sempena hari perayaan utama negara.

Infoblast merupakan perkhidmatan SMS yang diuruskan oleh Melaka One Number Call Centre (ONCC), Bahagian Komunikasi Korporat. Perkhidmatan ini membolehkan mana-mana jabatan / agensi Kerajaan Negeri Melaka untuk menggunakannya bagi menyampaikan maklumat / info melalui SMS terus kepada telefon bimbit kumpulan sasaran.

Sistem ini dapat berfungsi menerima, menghantar dan memanjangkan SMS yang dihantar bagi tujuan iklan, promosi, jemputan, penghantaran maklumat dan ucapan.

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua Jabatan serta Agensi Kerajaan dengan kadar caj yang minima dan berpatutan.

Maklumat penghantaran SMS boleh ditetapkan mengikut pilihan tarikh dan masa yang dikehendaki oleh pemohon. Jumlah permohonan penghantaran sms adalah dihadkan kepada 3 tarikh & masa. Setiap permohonan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh kejadian.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan permohonan infoblast boleh menghubungi 06-3333333 sambungan 7030.



5. Desktop Background

Desktop Backgroud merupakan salah satu medium hebahan yang terkini dengan menggunakan latar belakang utama paparan komputer semua kakitangan Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Jabatan Kerajaan Negeri yang dihubungkan dengan akaun Domain Melaka.Gov yang dikawal selia oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan komunikasi (BTMK).

Segala urusan pengesahan kandungan akan melalui pentadbir kandungan di BKK dan dimuat naik ke desktop computer kakitangan di JKMM dan Jabatan Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan tempoh masa yang telah ditetapkan dan disahkan oleh BKK. Jenis image digunakan ialah jenis .jpg dan bersaiz 1920 x 1080 pixels.



6. Media Sosial Rasmi Kerajaan Negeri Melaka




7. Siar Raya Kompleks Seri Negeri

Siaraya Kompleks Seri Negeri merupakan salah satu medium hebahan berkonsepkan audio bagi menyalurkan pengumuman rasmi berkaitan perkhidmatan Jabatan Ketua Menteri Melaka kepada warga kerja Kompleks Seri Negeri.

Siaraya ini merangkumi semua 5 blok pentadbiran Kompleks Seri Negeri iaitu Blok Bendahara, Blok Bendahari,Blok Temenggung,Blok Syahbandar dan Blok Bentara. Sebarang permohonan bagi tujuan hebahan dan pengumuman siaraya ini perlu dipohon melalui Sistem E Hebahan (SisEH).



SisEH - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka | 2021