SisEH
SISTEM E-HEBAHAN KERAJAAN NEGERI MELAKA
PENGENALAN

Sistem E-Hebahan (SisEH) merupakan satu inisiatif Jabatan Ketua Menteri Melaka melalui Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Bahagian Komunikasi Korporat untuk menyelaras permohonan pengemaskinian kandungan portal disamping menyediakan satu gerbang permohonan hebahan bersepadu kandungan digital dari Jabatan / Agensi / Badan Berkanun Negeri Melaka dan Persekutuan untuk hebahan program, majlis dan kempen Kerajaan Negeri Melaka kepada rakyat. Terdapat 7 medium hebahan elektronik yang dikawalselia oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka iaitu:

  1. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
  2. Emel Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
  3. LED/ Digital Skrin
  4. SMS Infoblast
  5. Desktop PC
  6. Media Sosial Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
  7. Siar Raya di Kompleks Seri Negeri


Objektif:

Mewujudkan satu gerbang permohonan hebahan bersepadu bagi kandungan digital Kerajaan Negeri Melaka.

SisEH - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka | 2021